Pages

Subscribe:

Saturday 4 February 2012

KISAH SAMIRI DURJANA ~Pengukir Patung Lembu Emas~

(Surah Al-Baqarah:55 hingga 56)

Nabi Musa dan kaum Bani Israel telah selamat menyeberangi Laut Merah dan Firaun serta tenteranya yang mengejar mereka pula telah tenggelam dan berkubur di dalamnya.Tidak lama kemudian Allah telah memerintahkan Nabi Musa ke Bukit Sina untuk menerima wahyu daripada-Nya.Nabi Harun telah diamanahkan oleh Nabi Musa untuk menjaga kaumnya sementara ketiadaannya. Salah seorang pengikut yang bersama-sama Bani Israel itu bersama Samiri dan dia merupakan seorang lelaki yang mahir dalam mengukir patung.Semasa ketiadaan Nabi Musa itulah kaumnya mula berubah hati lalu lupa akan segala ajaran yang dipesan oleh nabi mereka.Mereka ingin menyembah tuhan yang berupa patung sebagaimana yang mereka biasa lakukan dahulu.Nabi Harun cuba menasihati mereka tetapi sebaliknya mendapat ancaman daripada kaumnya itu. Pada masa itulah Samiri yang mempunyai kemahiran mengukir patung itu menjalankan peranannya.Samiri lalu memerintahkan kaum Bani Israel agar mengumpulkan perhiasan yang berupa emas untuk dileburkan bagi dijadikan patung sembahan. Akhirnya dengan kemahirannya itu,Samiri berhasil membuat sebuah berhala anak lembu betina yang diperbuat daripada emas. Kecantikan dan kekemasan patung anak lembu emas yang diukur oleh Samiri itu menimbulkan rasa kagum kaum Bani Israel lalu mereka mengambil keputusan untuk menjadikannya sebagai sembahan.Nabi Harun yang sedar bahawa kaumnya itu sudah terlanjur jauh cuba menasihati mereka dengan cara yang baik sebaliknya nyawanya pula diancam sehingga baginda tidak berdaya lagi untuk menghalang mereka. Patung anak lembu emas itu dianggap sebagai tuhan dan sembahan mereka sehinggalah Nabi Musa yang diperintahkan Allah untuk menerima wahyu yakni Kitab Taurat pulang semula ke situ.Baginda amat terkejut melihatkan perubahan mendadak kaumnya itu.Baginda segera memanggil saudaranya Nabi Harun untuk mendapatkan penjelasan daripadanya.Nabi Harun lalu menceritakan perihal kaum Bani Israel yang bertindak kasar terhadapnya ketika dia cuba menasihati mereka. Nabi Musa lalu memahami bahawa patung anak lembu emas itulah punca segala-galanya lalu bertindak memusnahkannya dengan cara menghancurkannya dan dibuang ke laut.Samiri pula yang menjadi dalang utama bagi memesongkan akidah kaumnya dihukum dengan dihalau keluar dari situ supaya tidak lagi dapat menghasut kaumnya. Kaum Bani Israel yang sayangkan patung tersebut amat marah apabila sembahan mereka itu dimusnahkan oleh Nabi Musa.Nabi Musa lalu menasihati kaumnya agar kembali kepada Allah iaitu Tuhan yang sebenarnya bukannya sebuah patung yang tidak bernyawa.Mereka sebaliknya mencabar Nabi Musa untuk memperlihatkan Tuhan yang sebenarnya. Mereka lalu berkata"Wahai Musa!Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang iaitu dengan mata kepala kami sendiri." Bagi memuaskan hati kaumnya,Nabi Musa lalu membawa mereka iaitu satu tempat di kaki sebuah gunung.Ketika itulah Nabi Musa berdoa kepada Allah agar diperlihatkan kekuasaannya.Seketika kemudian dengan tiba-tiba terdengar dentuman petir yang amat kuat menyambar gunung tersebut.Ini menyebabkan ada di antara mereka yang pengsan kerana kuatnya petir tersebut. Seketika kemudian mereka tersedar semula daripada pengsan masing-masing dan mereka faham bahawa sesungguhnya tiada kekuatan untuk sesiapapun berhadapan dengan Allah.Jika dengan petir mereka sudah pengsan apatah lagi untuk menghadapi Allah. Sesungguhnya peristiwa Samiri yang membuat patung anak lembu emas dan dianggap sebagai Tuhan adalah salah satu cubaan Allah untuk menguji iman kaum Bani Israel samaada kuat atau masih ragu-ragu.Orang-orang yang lemah imannya sudah tentulah akan mengikuti Samiri dan menyembah patung anak lembu itu,akan tetapi orang-orang yang kuat imannya akan tetap teguh walau bagaimanapun ujian yang datang

No comments:

Post a Comment