Pages

Subscribe:

Saturday 4 February 2012

MURTAD #3


PENYEBAB MURTAD
~Dari segi iktikad yakni tak mengakui syahadah bahawa Allah itu Maha Esa tanpa sekutu,atau ragu-ragu tentang salah satu sifat-sifatNya dan juga rukun-rukun iman.
~Dari segi perbuatan-menyembah berhala,memuja sahaja selain Allah.
~Dari segi perkataan-berkata Allah itu lebih dari Esa,mencaci hukum-hukum Allah dan sebagainya...




TUDUHAN MURTAD
~Jikalau orang menuduh kita murtad,kita tidak perlu bimbang dengan  tuduhan orang sebaliknya orang yang menuduh murtad itu akn jatuh murtad sekiranya yang dituduh tak murtad...



#sumber ini saya dapat daripada sebuah buku mengenai soal jawab hukum..jika tersalah harap dapat beritahu kepada saya..

MURTAD #2

AZAM UNTUK MURTAD
Dalam kitab Iqnak 'Dan jikalau seseorang itu berkata jika aku berbuat demikian,maka aku jadi orang Yahudi atau terlepas dari Islam atau daripada Allah atau dari Rasulnya,maka yang demikian itu bukanlah sumpah dan tidaklah jadi kafir,sekiranya dia ingin menjauhinya dari melakukan sesuatu tetapi hendaklah berkata dua kali syahadah dan beristighfar.Bagaimanapun sekiranya dia berqasad reda dengan demikian maka dia jadi kafir pada masa itu juga...


BEZA KUFUR DENGAN MURTAD
~Kufur ialah orang yang mengingkari kewujudan Allah dan mengingkari hukum-hukum Allah.
~Murtad ialah orang yang keluar dari agama Islam...






MURTAD #1

Murtad ialah org yg memutuskan Islam dengan niat,perkataan dan perbuatan yang membawa kpd kufur.

KATA-KATA YANG MENYEBABKAN MURTAD..

Dalam Irsyadul 'Ibada fi sallirasyad oleh A'allahmah Syeikh Zainuddin Al-Malabawi hlmn 4-5 bahawa bnyk sbb seseorang itu blh jdi murtad melalui niat,perkataan dan perbuatan,Diantaranya ialah:
~Niat hndk mnjdi kafir sama ada dlm jangka waktu yang dekat atau jauh, maka terus murtad masa dia berniat itu.
~Ragu2 dgn ajaran Islam.
~Mensyaratkan sesuatu utk mnjdi kafir sama ada disebut oleh lidah atau hati (niat).Seperti berkata atau berniat akn mnjadi kafir(akn keluar drpd Islam).Maka ketika dia berkata demikian,maka dia terus mnjdi kfir murtad ketika itu juga.
~Mempersayai sesuatu yang menyebabkan kafir.(percaya cerita atau pengajaran yang kononya drpd wahyu)~Mengucap dgn yakin atau mengucap dengan ejekan atau mengucap dengan tentangan bahawa alam atau roh itu dahulu trjdi drpd Allah.
~Mengatakan Allah itu baharu.
~Menafikan salah satu sifat Allah.
~Menetapkan Allah itu berwarna.
~Mewajibkan sesutu yang tidak wajib.
~Ragu terhadap kesesatan agama Yahudi atau Kristian atau lain2 agama(animisma,aties)
~Sujud kepada makhluk.
~Masuk ke dalam gereja bersama org yg beragama berkenaan.
~Memakai pakaian org kristian.

KISAH SAMIRI DURJANA ~Pengukir Patung Lembu Emas~

(Surah Al-Baqarah:55 hingga 56)

Nabi Musa dan kaum Bani Israel telah selamat menyeberangi Laut Merah dan Firaun serta tenteranya yang mengejar mereka pula telah tenggelam dan berkubur di dalamnya.Tidak lama kemudian Allah telah memerintahkan Nabi Musa ke Bukit Sina untuk menerima wahyu daripada-Nya.Nabi Harun telah diamanahkan oleh Nabi Musa untuk menjaga kaumnya sementara ketiadaannya. Salah seorang pengikut yang bersama-sama Bani Israel itu bersama Samiri dan dia merupakan seorang lelaki yang mahir dalam mengukir patung.Semasa ketiadaan Nabi Musa itulah kaumnya mula berubah hati lalu lupa akan segala ajaran yang dipesan oleh nabi mereka.Mereka ingin menyembah tuhan yang berupa patung sebagaimana yang mereka biasa lakukan dahulu.Nabi Harun cuba menasihati mereka tetapi sebaliknya mendapat ancaman daripada kaumnya itu. Pada masa itulah Samiri yang mempunyai kemahiran mengukir patung itu menjalankan peranannya.Samiri lalu memerintahkan kaum Bani Israel agar mengumpulkan perhiasan yang berupa emas untuk dileburkan bagi dijadikan patung sembahan. Akhirnya dengan kemahirannya itu,Samiri berhasil membuat sebuah berhala anak lembu betina yang diperbuat daripada emas. Kecantikan dan kekemasan patung anak lembu emas yang diukur oleh Samiri itu menimbulkan rasa kagum kaum Bani Israel lalu mereka mengambil keputusan untuk menjadikannya sebagai sembahan.Nabi Harun yang sedar bahawa kaumnya itu sudah terlanjur jauh cuba menasihati mereka dengan cara yang baik sebaliknya nyawanya pula diancam sehingga baginda tidak berdaya lagi untuk menghalang mereka. Patung anak lembu emas itu dianggap sebagai tuhan dan sembahan mereka sehinggalah Nabi Musa yang diperintahkan Allah untuk menerima wahyu yakni Kitab Taurat pulang semula ke situ.Baginda amat terkejut melihatkan perubahan mendadak kaumnya itu.Baginda segera memanggil saudaranya Nabi Harun untuk mendapatkan penjelasan daripadanya.Nabi Harun lalu menceritakan perihal kaum Bani Israel yang bertindak kasar terhadapnya ketika dia cuba menasihati mereka. Nabi Musa lalu memahami bahawa patung anak lembu emas itulah punca segala-galanya lalu bertindak memusnahkannya dengan cara menghancurkannya dan dibuang ke laut.Samiri pula yang menjadi dalang utama bagi memesongkan akidah kaumnya dihukum dengan dihalau keluar dari situ supaya tidak lagi dapat menghasut kaumnya. Kaum Bani Israel yang sayangkan patung tersebut amat marah apabila sembahan mereka itu dimusnahkan oleh Nabi Musa.Nabi Musa lalu menasihati kaumnya agar kembali kepada Allah iaitu Tuhan yang sebenarnya bukannya sebuah patung yang tidak bernyawa.Mereka sebaliknya mencabar Nabi Musa untuk memperlihatkan Tuhan yang sebenarnya. Mereka lalu berkata"Wahai Musa!Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang iaitu dengan mata kepala kami sendiri." Bagi memuaskan hati kaumnya,Nabi Musa lalu membawa mereka iaitu satu tempat di kaki sebuah gunung.Ketika itulah Nabi Musa berdoa kepada Allah agar diperlihatkan kekuasaannya.Seketika kemudian dengan tiba-tiba terdengar dentuman petir yang amat kuat menyambar gunung tersebut.Ini menyebabkan ada di antara mereka yang pengsan kerana kuatnya petir tersebut. Seketika kemudian mereka tersedar semula daripada pengsan masing-masing dan mereka faham bahawa sesungguhnya tiada kekuatan untuk sesiapapun berhadapan dengan Allah.Jika dengan petir mereka sudah pengsan apatah lagi untuk menghadapi Allah. Sesungguhnya peristiwa Samiri yang membuat patung anak lembu emas dan dianggap sebagai Tuhan adalah salah satu cubaan Allah untuk menguji iman kaum Bani Israel samaada kuat atau masih ragu-ragu.Orang-orang yang lemah imannya sudah tentulah akan mengikuti Samiri dan menyembah patung anak lembu itu,akan tetapi orang-orang yang kuat imannya akan tetap teguh walau bagaimanapun ujian yang datang

Thursday 2 February 2012

AIR MATAKU MENAGIS DI KALA KEJUJURANNYA

Cerita ini yang disalin dari sebuah buku adalah suatu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Sayydina Umar Al-Khattab.

...............................................


Seorang pemuda bernama Hassan, keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah sedar dari tidurnya, didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan.


“Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu. “Tetapi bukan sengaja,” sambung orang tua itu lagi. “Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Lepas itu, ia berpusing-pusing dan jatuh lalu mati.” Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenarnya.

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang tua itu dan terpenggallah leher dari badan. Hassan seakan-akan baru bermimpi tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya. Dua orang anak lelaki orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Dan Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, perbicaraan pun dijalankan. Sayyidina Umar selaku hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu dalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibubapa saya, anak isteri saya dan saudara-mara tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.”

Sayyidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab, “Tidak!... Tiada jaminan bahawa engkau datang lagi untuk menjalani hukuman ini.”

Hassan merayu lagi, “Kasihanilah saya tuan hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu keputusan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini.” Sekali lagi, Sayyidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, “Tidak!!,” katanya.

Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang Sahabat bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu, Abu Zar, Sayyidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan pun dibenarkan pulang setelah menentukan tarikh yang akan datang. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biar saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.” Menangislah ibubapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut pada Allah daripada anak isteri. Dia lebih cintakan Akhirat daripada dunia.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu, dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijalankan, kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan. Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hasaan yang datang, mereka bertempik: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Sebaik sahaja turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dihukum bunuh, izinkan saya bersolat dua rakaat.”

Sayyidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku dunia dan di Akhirat.” Selesai menyapu muka, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat yang genting itu, tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata:

“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami, Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.” Mendengar itu sekali lagi, padang itu bergema dengan laungan: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan Akhirat. Insya-Allah.

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri,” sabda Rasulullah SAW.

Ya Allah! Betapa ana tidak menitiskan airmata, berkali-kali. Cerita yang sebegini indah, yang merakamkan keagungan iman dan kasih sayang adalah satu keajaiban dalam sejarah manusia sepanjang zaman.

............................................................

Anda/kita semua bagaimana?

Selain kisah ini, ada satu lagi kisah yang terjadi terhadap junjungan kecintaan kita, Rasulullah SAW saat-saat kewafatannya yang menyebabkan berkali-kali ana menitiskan air mata. Ya Rasulullah, aku merinduimu, mencintaimu. Ah, bukan dua kali aku mencintaimu ya Rasulullah, bahkan aku mencintaimu yang tiada kali-kalinya. “Ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim, ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim,” hati saya bernyanyi penuh rindu.


ku merinduimu ya Rasulullah...